Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

Bayi 10 bulan menderita hidrosefalus

♠ Posted by Unknown
Siti Hajar Azeman,10 bulan, memegang jari ibunya, Zuraini Mahmood,42, sambil merenung nasibnya  yang mengalami penyakit 'Hydrocophalos' (kepala berair) sejak dilahirkan. Kepala Siti Hajar semakin membesar berbanding semasa dilahirkan dengan ukuran lilit kepalanya 60 sentimeter berbanding semasa dilahirkan hanya 40 sentimeter. - Foto Bernama

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu yang dialami Azman Muktar, 41, dan isteri, Zuraini Mahmood apabila bayi perempuan mereka, Siti Hajar, 10 bulan, menghidap penyakit hidrosefalus yang menyebabkan pembesaran berlebihan pada bahagian kepala.

Zuraini, 43, berkata, beliau dan suaminya reda dengan nasib yang menimpa anak bongsu daripada tiga beradik itu namun masih menaruh harapan bayi mereka dapat sembuh seperti kanak-kanak lain.

"Kami mengetahui mengenai penyakit Siti Hajar ketika usia kandungan lima bulan selepas doktor yang merawat saya memaklumkan bayi yang dikandung disahkan menghidap simptom kepala besar.

"Walaupun saya sudah tahu lebih awal mengenai nasib yang akan menimpa anak saya, saya reda dengan ketentuan ALLAH dan saya tetap mahu dia dilahirkan di dunia ini kerana saya anggap ini adalah ujian dan amanah ALLAH kepada saya," kata wanita itu kepada pemberita di rumahnya di Permatang Tok Gelam, Penaga hari ini.

Beliau berkata, Siti Hajar ketika dilahirkan pada 2 Oktober tahun lepas, mempunyai saiz kepala hanya sekitar 40 sentimeter (cm) tetapi kini selepas berusia 10 bulan, kepalanya makin membesar sehingga mencecah 60cm. 

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dia tidak mempunyai masalah kesihatan lain terutama melibatkan jantung melainkan sedikit masalah sumbing pada bibir atas dan beratnya sekarang ini kira-kira 6.5 kilogram sahaja, termasuk berat kepalanya," katanya.

Beliau berkata, setiap tiga bulan, anak bongsunya itu akan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan susulan.

"Doktor akan memberikan beberapa jenis ubat. Pada masa tertentu, jika Siti Hajar berasa tidak selesa, dia akan menangis sepanjang masa dan memerlukan penjagaan rapi. Jika saya bekerja, suami akan jaga dan begitulah sebaliknya," katanya.

Zuraini, pekerja kilang di Bayan Lepas berkata, suaminya bekerja sebagai buruh kampung dan dengan pendapatan yang tidak seberapa, mereka perlu membayar sewa rumah RM230 sebulan serta bil berkaitan selain perbelanjaan sekolah dua anak lelaki yang berusia enam dan 10 tahun.    

"Perbelanjaan untuk membeli susu dan lampin pakai buang bagi kegunaan Siti Hajar pula mencecah RM300 sebulan. Kasih sayang terhadap Siti Hajar tidak berubah, sama seperti dua abangnya iaitu Hairi Akmal, 10, dan Hazzree Husairi, 6.

"Apa yang kami lakukan sekarang ialah bersabar dan berdoa supaya pembedahan dapat dilakukan segera," katanya yang berpendapatan RM1,000 sebulan. 


Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi keluarga berkenaan di talian 019-5618 699 atau menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank bernombor 157063814401.  - Bernama

Sumber: PENAMERAH

WASPADALAH... Awas Taktik Kotor Penjenayah - Info dari Rakan FB Bomba

♠ Posted by Unknown

WASPADALAH... Awas Taktik Kotor Penjenayah - Info dari Rakan FB Bomba

Pendedahan satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.

Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali, lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.

Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam (seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa. 

Sebarkan.



Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia 

Demi Palestine Cristiano Ronaldo Tolak Tawaran PEPSI, Nilaian Berjuta Dolar

♠ Posted by Unknown

Demi Palestine Cristiano Ronaldo Tolak Tawaran PEPSI, Nilaian Berjuta Dolar.

Dan baru-baru ini, Ronaldo menolak tawaran iklan tv komersial Pepsi yang bernilai jutaan dollar hanya kerana Pepsi menyumbangkan wang untuk membiayai tentera Israel. 

Sebut saja nama beliau, pasti ramai yang mengenalinya. Cristiano Ronaldo, bintang bola sepak yang kini bertapak di bawah Real Madrid bukan sahaja dikenali dengan bakatnya dalam sukan terbabit, tetapi juga terkenal dengan sifat kemurahan hati dan sifat perikemanusiaannya.

Sebelum ini, Ronaldo pernah menolak pertukaran jerseynya dengan pemain bola sepak Israel dengan alasan,



“I don’t exchange my shirt with assassins”.

Tindakan Ronaldo itu sekali gus memberikan satu tamparan yang hebat buat puak Yahudi.

Dan baru-baru ini, Ronaldo menolak tawaran iklan tv komersial Pepsi yang bernilai jutaan dollar hanya kerana Pepsi menyumbangkan wang untuk membiayai tentera Israel.

Recently Cristiano Ronaldo Rejected Pepsi TV Commercial which was offering him Million Dollar just because, he Said Pepsi Used To Donate Money For Israeli Soldiers! And we all knew clearly why Ronaldo is against Israelis. 

Cristiano Ronaldo bukan beragama Islam. Tetapi dia rela korbankan segala-galanya demi keadilan untuk rakyat Palestin. - My Media Hub

NGERI AMBIL PENGAJARAN !!! Sepasang couple kemalangan hancur berkecai selepas mencabar TUHAN

♠ Posted by Unknown
Sepasang couple kemalangan hancur berkecai selepas mencabar TUHAN


WAHAI hamba Allah, janganlah kamu mencabar TUHANmu!!

Berita : Sep 18 Wed 11:31 **

SANI MOHD NOOH: *Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tmpt saya- johor. Tmpt & nama2 terlibat x perlulah ditulis di sini..)

Penangan mencabar Allah !

Sepasang couple, dinasihat oleh kluarga & kwn2 agar jgn suka buat maksiat.. Semua nasihat hanya dibalas dgn kata2 perli oleh mrk berdua..

Nak jd cerita smlm.. Terluncur kata2 dari mrk brdua, “Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tgk sapa lg kuat ! ” Sambil ketawa. Kedua2nya gelak..

Kira2 jam 11.30 mlm (tanggal 16 sept 2013), mrk brdua berkenderaankn motosikal memecut laju di highway tepi kg kami. Tiba2 brdentum bunyi accident. Kedua2 pasangn itu terpelusok didpti terpelosok ke bwh lori 16 tayar.

Menurut saksi, mrk cuba memotong tp ada kereta brgerak perlahan d dpn, lalu terbabas ke lori semula, x dpt dielak lg..

Apa yg trjd kpd mrk?

Kedua2nya digelek hancur oleh lori yg sarat dgn muatannya itu..

Menurut saksi , tidak ada satu bhgn dari bdn kedua2 yg tidak hancur. Yg dpt dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yg dagingnya telah tiada lgsung, bagai dikikis habis..

Bomba yg mengutip mayat2 itu hanya dpt mengutip sisa2 itu dgn penyodok shj. Oleh krn mayat2, mati berasingn, maka dpt la diasingkn jgk antara keduanya..

Di hospital, kedua2 mayat dimandikan dlm tapis, bagai membasuh daging cincang ( daging tetel ?), tiada jln lain.

Mayat itu kmdian dikafan bagai mengulung ‘kueh popia’ & dikerandakn. Kpd keluarga msg2 dipesan spya jgn dibuka lg keranda itu..

Maka siang td (17 sept 2013), telah ditanam hamba2 Allah yg sombong itu.. Hamba2 yg begitu berani mencabar Allah !

Apakah nasib mrk mlm ini wahai kawan2 ku !?

*Wahai saudara2 ku, wahai hamba2 Allah, ambillah pengajaran dari kejadian ini..(!)

Na’uzubbillah! Inilah balasanNYA ..cash di dunia..- 

Malaysia berisiko kena sekatan ekonomi

♠ Posted by Unknown
SHAH ALAM – Tidak mustahil sekiranya Malaysia dikenakan sekatan ekonomi kerana kelantangannya menentang tindakan kejam rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, kemungkinan itu mungkin berlaku dalam usaha Israel melumpuhkan ekonomi negara yang menyokong Palestin.

“Kegawatan ekonomi seperti yang berlaku pada 1997, 1998 dan 2008 boleh berulang. Harga bahan api, getah dan kelapa sawit akan naik mendadak dan kejatuhan ringgit boleh jejas ekonomi negara.

“Keterbukaan ekonomi Malaysia yang membuka ruang syarikat luar untuk melabur juga berisiko (terjejas) sekiranya negara luar (yang menganggap Malaysia sebagai penyokong pengganas) menarik balik pelaburan mereka di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil, kerana negara-negara Barat terutama yang menguasai ekonomi dunia mungkin mengambil kesempatan ke atas Malaysia pada bila-bila masa.

Media Israel kelmarin memetik agensi keselamatan negara itu, Shin Bet yang menuduh kononnya Malaysia dijadikan tempat latihan pejuang Hamas, sekali gus cuba melibatkan Malaysia dengan konflik itu.

Israel cuba pusing cerita

Kerajaan Hamas, yang dilantik rakyat Gaza untuk mentadbir wilayah itu melalui pilihan raya secara demokratik pada 2006 dilabel secara rasmi sebagai pengganas oleh beberapa kuasa Barat, menyebabkan ia tidak diiktiraf sebagai kerajaan dan diharamkan mempunyai sebarang hubungan politik atau ekonomi dengan negara-negara tersebut.

Mengulas dakwaan media Israel mengenai Malaysia, Amir Hussin berkata Israel sedang membohongi diri mereka sendiri sedangkan rejim itu tahu pendirian tegas Malaysia dalam isu kemanusiaan.

"Ini adalah cubaan mereka untuk menjatuhkan negara kita. Negara luar sewajarnya menimbangkan laporan berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohamad Abu Bakar juga tidak menolak kemungkinan berlakunya sekatan ekonomi terhadap Malaysia atas dakwaan menyokong 'keganasan' dan pejuang Hamas.

“Dunia tahu pendirian Malaysia yang sejak dahulu lantang menentang kezaliman Israel dan sentiasa membantu dan menghantar misi kemanusiaan ke Gaza. Selama ini Malaysia membela nasib rakyat dan penderitaan yang dialami penduduk Palestin.

“Hamas pula sebuah badan ditubuhkan untuk mentadbir Genting Gaza yang didiami penduduk Palestin. Secara tidak langsung, Malaysia dianggap menyokong Hamas, walaupun sebenarnya agenda utama Malaysia adalah membela mereka yang menderita di bumi Gaza,” katanya.

SUMBER

Reaksi Rakyat Indonesia Sekiranya Israel Serang Malaysia

♠ Posted by Unknown
Jiran sebelah MalaysiaIndonesia sememangnya terkenal dengan sifatnya yang tidak menggemari Malaysia. Dari selepas merdeka sehingga sekarang, perkara ini masih dapat dilihat terutamanya di internet.

Ini terbukti dengan motto Indonesia yang masih lagi popular sehingga sekarang iaitu "Ganyang Malaysia" yang masih lagi menjadi sebutan rakyat Indonesia yang tidak berpuas hati dengan Malaysia.

Walau bagaimanapun, respon yang tidak dijangka telah diberikan oleh rakyat Indonesia tentang isu Malaysia-Israel yang dikatakan tegang sejak akhir-akhir ini. Ada antara mereka berkata sanggup berjuang demi Malaysia sekiranya Malaysia diserang israel.

Walau apa pun, terima kasih ke atas sokongan positif yang diberikan oleh rakyat Indonesia. Harapan agar saudara serumpun tidak berdiam jika saudara serumpunya diserang oleh musuh yang sama. - SiakapKeli.com