Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

17 GAMBAR - MASIH BERCUTI DI EROPAH, BABY BUMP FASHA KIAN JELAS

♠ Posted by Unknown
Meskipun ada segelintir pihak yang masih tidak percaya bahawa Fasha Sandha kini hamil kali kedua kerana berita itu masih belum disahkan oleh Fasha sendiri, namun gambar kadangkala mampu menceritakan segala-galanya. 

Fasha dan keluarga besar Jejai yang kini sedang menyambung cuti di Eropah selepas bercuti di Paris dan London sememangnya terus menjadi perhatian apabila perutnya tidak dapat disembunyikan lagi. 

Klik gambar untuk size besar



Ini kerana, foto Fasha yang dimuatnaik oleh ibu mertuanya Raja Noora, sememang sangat jelas memperlihatkan baby bumpnya. Dan dengar kata, kandungan Fasha kini sudah masuk bulan ke lima. 

Harapan kita, moga Fasha akan mengesahkan kehamilannya dengan segera meskipun dia kini jarang memuatnaik gambarnya di laman sosial. Bak kata pepatah, Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru? Heh!













































BERSIAR DALAM EDAH - FIZA ELITE KENA TEGUR!

♠ Posted by Unknown
Fiza Halim kena tegur ! 

Semuanya gara-gara dia memuat naik foto terbarunya keluar bersiar di Instagram bersama dua anaknya hasil perkahwinan terdahulu (sebelum Adam).

Antara teguran tersebut ialah mengenai tindakan Fiza yang keluar rumah ketika masih dalam tempoh edah. Ada yang berkutbah bagai tokoh agama, ada yang memberi pendapat peribadi dan ada juga yang memihak pada Fiza.  

 

Tegur mereka, Fiza sepatutnya duduk di rumah kerana kemungkinan untuk bekas suami akan kembali rujuk menjadi mudah. 

Pendapat anda? 

 

 

 

Aksi Aleesya buli neneknya di depan Erra Fazira

♠ Posted by Unknown
Comel sungguh Aleesya apabila membuli neneknya di depan Erra Fazira ketika gambar sefie mereka diambil. Wajah Aleesya saling tak tumpah macam ibunya sehingga sedikit sukar untuk penulis menilai perbezaan raut muka mereka berdua.


Nampaknya, hubungan anak perempuan Engku Emran itu dengan neneknya juga sangat rapat. Baguslah, happy family jadinya, tak gitu? Mungkin juga Aleesya menggunakan sepenuhnya peluang bertemu dengan Erra dan nenek untuk melepas perasaan rindu yang tersimpan.

Selepas Paris, Aiman Hakim & Fathia Ke Korea Pula. Romantiknya!

♠ Posted by Unknown
Selepas Paris, Aiman Hakim & Fathia Ke Korea Pula. Romantiknya!
Jika dahulu, Nur Fathia dan Aiman Hakim Redza menafikan sekeras-kerasnya gosip cinta antara mereka biarpun beberapa kali terkantoi berkelakuan mesra seperti pasangan kekasih di hadapan peminat.
Bagaimanapun selepas setahun menyembunyikan rahsia, Aiman akhirnya mengalah dan mendedahkan kepada umum pada Februari lalu bahawa mereka berdua sedang bercinta.
Namun tidak seperti pasangan selebriti yang lain, Aiman dan Fathia tetap tidak menggembar-gemburkan hubungan percintaan mereka di media sosial.
Tetapi baru-baru ini, terpandang sekeping foto dikongsikan Fathia di Instagram yang menunjukkan kedua-duanya sedang berada di Korea.
Selepas Paris, Aiman Hakim & Fathia Ke Korea Pula. Romantiknya!
Kalau tak silap, selain daripada rombongan kerja ke Paris yang turut melibatkan Tasha Shilla dan Fizo Omar tahun lepas, ini merupakan pertama kali pasangan ini bercuti bersama selepas mereka mengaku bercinta.
Namun difahamkan, pemergian Aiman dan Fathia ke Korea sebenarnya ditaja oleh produk kecantikan K-Colly dan Height Up yang sememangnya berasal dari negara berkenaan.
Dalam pada itu, Fathia juga sempat bertemu kakak Aiman iaitu Sophia Suraya Ridza yang popular di Korea sebagai salah seorang jemputan di dalam rancangan Chit Chat of Beautiful Ladies.
Selepas Paris, Aiman Hakim & Fathia Ke Korea Pula. Romantiknya!
Jom lihat beberapa keping foto Aiman dan Fathia sewaktu berada di Korea. Nampak sweet sangat pasangan ni, kan?

fathia latiff 4

fathia latiff 2
fathia latiff 3

ARTIS : Lisa Surihani Berkongsi Gambar Ketika Kecil

♠ Posted by Unknown
Jelas wajahnya yang jelita itu persis sekali seperti ibunya, Siti Amira Ahmad. Tapi ye lah, dah berpuya. =)Terdapat beberapa keping lagi gambar yang dikongsikan untuk tatapan peminat khas dari akaun instagram Lisa Surihani sendiri.







Ngeri!! Mayat Suspek Bunuh Kanak-Kanak Ditemui Di sungai Berhampiran Plaza Tol LDP

♠ Posted by Unknown
KUALA LUMPUR: Mayat suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan berusia 30 bulan yang ditemui dengan kepala bercerai dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran Jalan Tun Sambanthan, kelmarin ditemui selepas dua hari pencarian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan mayat suspek berusia 27 tahun itu ditemui kira-kira jam 4 petang tadi di Sungai Klang berhampiran Plaza Tol Sunway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Gambar Penyanyi Yuna Sudah Mula Terdedah Aurat !

♠ Posted by Unknown
Gambar Penyanyi Yuna Sudah Mula Terdedah Aurat !.. Sebelum ini, Yuna merupakan artis favourate dan idola peminat bukan kerana kecantikan yang dimilikinya tetapi penampilan beliau yang sentiasa bertudung dan menutup aurat.


Sehinggalah beliau bertapak di Eropah, fesyen penampilannya tetap sama dan tidak berubah. 

Meskipun begitu, sejak kebelakangan ini ada sesuatu yang tidak kena dengan penampilan penyanyi lagu Terukir Bintang itu.


Sekeping foto Yuna yang memakai baju hitam ketat paras pusat badan telah dimuatnaik di laman Facebook. Gambar itu menerima kecaman hebat daripada ramai peminatnya di laman sosial





Rata-rata mereka melahirkan perasaan kecewa dan terkilan. Mereka mahukan Yuna yang dulu.

Sememangnya perkongsian gambar tersebut mengejutkan ramai peminat kerana sesiapa pun boleh melihat susuk tubuh Yuna malah lubang pusat pada perut beliau. 

Lebih menarik, gambar itu turut disertakan dengan caption yang jauh berbeza maksudnya berbanding gambar tersebut.


Pernah rasanya , yuna ni dikritik peminat gara-gara photoshoot gambar spt ini :-



kerana seluar yang dipakai seakan legging , cuma ketebalannya sahaja menampakkan bukan seperti legging . 

psst , rasanya lebih ramai wanita diluar sana yang rata-rata baru  berjinak-jinak dengan tudung , tidak mematuhi atau mengenakan pakaian yang sepadan dengan penampilan . 
hmmm , ( sigh )