Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

Menyedihkan Sebuah Kampung Murtad Di Sabah

♠ Posted by Unknown
Menyedihkan Sebuah Kampung Murtad Di Sabah | Berikut adalah laporan yang diceritakan oleh seorang pendakwah, Rosmadi Nawi dan jemaah yang kini sedang berdakwah di Sabah. Mereka telah menjejaki masjid yang sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg LangkabongTongod, Sandakan, Sabah. Menurut apa yang diceritakan oleh Ustaz Ebit Lew, penduduk kampung di Sandakan itu semuanya telah dimurtadkan. Berikut adalah laporan dari seorang Imam Daerah Tongod, Imam Daim yang mereka temui minggu lepas selepas solat jumaat di Masjid Kg Entilibon:
1
Kelmarin (6 Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dengan menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad untuk menziarahi Kg Langkabong. Kampung tersebut terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak sejauh kira-kira 70 meter dari jalan ternampak samar-samar bangunan usang di sebalik semak samun.
Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami bergotong-royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu. Jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solat sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian. Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan perasaan sedih.
2
3
Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yang ada 2 keluarga yang masih beragama Islam. Kami buat keputusan untuk menziarahi mereka. Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim. Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yang memeluk agama Islam.Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad.
Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai-ramai di Kg Langkabong ini. Di sekitar tahun 1979 hingga 1982 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong. Selepas itu berlaku usaha gigih pendakwah Kristian yang bertubi-tubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yang sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul.
Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang. Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yang kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yang terkuat pendakwah Kristian di seluruh Sabah.
Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae’i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak. Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, “Gejala kemurtadan tidak akan berlaku jika setiap orang Islam menjadikan diri mereka daei Allah.”
Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah ra yang mempertahankan imannya dari murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh. Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa. Katanya “‘Kalaulah nyawaku sebanyak bulu roma di badanku, nescaya akanku korbankan satu persatu untuk agama Allah”.
4
Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae’i, nsyaAllah. Laporan Dr Rosmadi dan Jemaah. Berikut kami kongsikan gambar surau yang usang yang telah ditinggalkan penduduknya lebih 20 tahun lalu. Diharapkan perkongsian ini membuka mata hati kita seluruh umat islam di Malaysia supaya lebih peka kepada saudara Islam di tempat lain.
Sumber: CakapKL

GAMBAR ERRA FAZIRA ZAMAN BUDAK-BUDAK DULU, SEBIJIK MACAM ANAKNYA ALEESYA

♠ Posted by Unknown
Terkini, menerusi laman instagramnya, Erra Fazira memuatnaik sekeping gambar semasa kecilnya dan dibandingkan dengan anaknya Engku Aleesya.
Memang serupa Erra Fazira semasa kecil dengan anaknya Engku Aleesya. Erra Fazira semasa kecik pun suka bergaya, sama cam anaknya kini. Mewarisi ibu rupanya Engku Aleesya nie.
Mari lihat sekeping gambar di bawah ini..Setuju tak kalau ammboi kata mereka memang serupa?
erra fazira masa kecil dan anaknya kini TERKINI! GAMBAR ERRA FAZIRA ZAMAN BUDAK BUDAK DULU, SEBIJIK MACAM ANAKNYA ALEESYA
Ramai peminat bersetuju dengan persamaan antara mereka. Bak kata pepatah, dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Mesti cantik Engku Aleesya masa besar nanti, macam ibunya.huhu.

TAHNIAH! Amar Asyraf Kini Seorang Bapa, Dikurniakan Anak Lelaki

♠ Posted by Unknown
Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Amar Asyraf  pernah yang popular dengan drama Setia Ke Hujung Nyawa kerana telah bergelar seorang ayah. Isteria pelakon Amar Asyraf selamat melahirkan seorang anak lelaki. Amar sendiri memuat naik berita gembira itu di laman instagramnya.
Memang terserlah sifat kebapaan melihat gaya Amar Asyraf mendukung anak lelakinya, tidak kekok walaupun baru pertama kali menimang anak.
amarasyraf TAHNIAH! Amar Asyraf Kini Seorang Bapa, Dikurniakan Anak Lelaki
Pelakon Amar Asyraf mendirikan rumah tangga dengan isterinya Arna Salleh pada bulan Jun 2013. Tahun ni dapatlah Amar Asyraf beraya dengan baby nya, mesti tak sabar nak beli baju raya baby nie. Semoga kehadiran cahaya mata ini dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri ini. Tahniah sekali lagi kepada Amar Asyraf & Arna.

Sumber : http://beautifulnara.com/

Kereta: 5 Gambar Model Baru Perodua Viva 2014 tersebar

♠ Posted by Unknown
Gambar Model Baru Perodua Viva 2014 tersebar, sangat menarik -Tiba masanya untuk Perodua mengeluarkan model baru untuk menggantikan Viva telahpun 7 tahun berada di pasaran.


Kemunculan model kereta Daihatsu Ayla di Malaysia pada Februari tahun ini hangat diperkatakan kononnya ia bakal menggantikan Perodua Viva.





Ditambah pula dengan kenyataan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid yang sebelum ini pernah mendedahkan bahawa akan ada model baru yang dikeluarkan pada tahun ini.

Harga (tidak sahih) bagi model baru ini dikatakan bermula dari RM27,000 sehingga RM42,000.

Dibawah Daihatsu Ayla GT. So nampak sporty.. Jangan expect lebih pula pada model Perodua baru itu nanti:





Di bawah pula gambar Daihatsu Ayla Standard Version untuk rujukan anda:




Kesimpulan dari gambar-gambar ini yang pasti jika betul ini model yang akan mengantikan Perodua Viva sangat menarik model ini tentu ramai peminat-peminat kereta keluaran perodua tidak sabar untuk memiliki model ini. ---- Sumber

7 Gambar perkahwinan anak Ustaz Azhar Idrus

♠ Posted by Unknown
Gambar-gambar perkahwinan anak perempuan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus bersama pasangannya Mazuwan di Kuala Terengganu, hari ini

Nur Madihah Asyiqin merupakan anak sulung UAI hasil perkahwinan beliau dengan Rogayah Binti Sulong. Ustaz Azhar mempunyai tiga orang isteri dan tujuh orang anak.














SEDIH & TERHARU : Nukilan Terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini untuk Anak tunggalnya Aliff : CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.

♠ Posted by Unknown

Sila Baca Nukilan Terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini untuk Anak tunggalnya Aliff :-  

In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadan Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.

Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar diMadinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca AlQuraan & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh…….  Mi turun bersahur dan makan bersama-sama…Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.

3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff…jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir…Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami…Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi….Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah….Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar….Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.

Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!


CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU. 

SUBHANALLAH!!! ... SUASANA YANG MENUSUK KALBU .. ANAK BIDUANITA NEGARA ALLAHYARHAMAH DATUK...

♠ Posted by Unknown

SUBHANALLAH!!! ... SUASANA YANG MENUSUK KALBU .. ANAK BIDUANITA NEGARA ALLAHYARHAMAH DATUK SHARIFAH AINI SENDIRI MENGIMAMKAN SOLAT JENAZAH IBUNYA DAN TURUT MENGIRINGI JENAZAH SEHINGGA KE LIANG LAHAT.

Aliff Omar mengimamkan solat jenazah ibunya, biduanita negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, di Masjid AT Taqwa, Taman Tun, KL. 

Aliff Omar, turut mengiringi jenazah ibu tersayang sehingga ke liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. 

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, sekitar 12.10 tengah hari

Amat beruntung dan bertuah nasib Kak Pah dapat anak yang soleh .. Sejuk perut Allahyarhamah mengandungkannya.

Dari Allah kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Al Fatihah.

Gambar Kenangan
Bersama Aliff dan Rizal (anak angkat yang masih menuntut di Pusat Pengajian Pondok YIK sepulangnya dari Jordan)