Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

Penggusti The Undertaker Peluk Islam

♠ Posted by Unknown

Penggusti The Undertaker Peluk Islam

Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini, Mark William Calaway yang lebih dikenali dalam dunia gustiWorld Wrestling Federation (WWF, sekarang WWE) sebagai The Undertaker mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan nama barunya Muhammed Ismaeel Taker (sebagai penghormatan pada tempat dia memeluk Islam iaitu Seberang Taker, Kuala Terengganu) atau orang Ganu panggil Pok Wel atau Ustak Wel Undertaker. Alhamdulillah. Dia juga pernah dicalonkan Oscar untuk filem Suburban Commando dan Cinta Si Penggali Kubur.



Berita pengislamannya kurang mendapat perhatian berikutan dia tidak mempunyai pakej tubuh ranum seperti Felixia Yap namun menyatakan pengislamanya itu dengan niat yang ikhlas dan bukannya gimik semata-mata selepas kurang mendapat tawaran bergusti dari WWE setelah kemunculan banyak bakat-bakat baru yang hebat di arena gusti yang sedikit sebanyak menenggelamkan populariti penggusti yang uzur sepertinya. The Undertaker berhasrat mahu memadam gambar-gambar ketika menjadi penggusti dahulu di Instagram secara perlahan-lahan sejak malam Nisfu Syaaban yang lalu. Dia juga baru mengikat kontrak sebagai duta kain sarung Atlas menggantikan Deddy Mizwar. Kami bersyukur atas rezeki The Undertaker. 

Kisah Seram : Misteri Rumah Sewa !

♠ Posted by Unknown
Kisah seram ini berlaku pada tahun lepas 2012. Ini merupakan kisah benar yang saya alami sendiri. Ketika itu saya merupakan pelajar semester akhir dan menyewa rumah di taman berhampiran. Hari pertama masuk rumah tu saya pelik sangat sebab rumah setingkat je, tapi bumbung rumah tu tinggi macam rumah ada loteng. Pakcik saya pernah cakap rumah yang bumbungnya tinggi ada benda suka duduk diantara bumbung dengan lantai. tapi nak buat macam mana? rumah pun dah siap bayar untuk 1 semester duduk jelah.

Kisah seram ini bermula pada awal tahun lepas. Semasa itu saya dan 4 lagi housemate merupakan final semester students. Memandangkan kami hanya berlima, maka kami membuat keputusan untuk menyewa rumah teres setingkat. Pada hari pertama masuk ke rumah itu, saya terkejut apabila melihat syiling sangat tinggi hampir sama dengan rumah double storey. Pakcik saya pernah berkata bahawa benda halus suka duduk diantara bumbung yang tinggi dan lantai. Masalahnya duit rumah sewa untuk 1 semester telah pun bertukar tangan. Redha sajalah duduk di situ untuk beberapa bulan.
Setiap hujung minggu dua orang housemate kami (lain course) akan selalu pulang ke rumah. Tak tahulah masalah homesick ke apa. Jadi tinggallah kami bertiga (sama course) ni. Satu malam, kami study sama-sama di meja makan dekat hall. Saya menghadap ke pintu dapur, manakala mereka berdua menghadap pintu utama rumah.Ssedang asyik mengira, tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dari arah pintu dapur yang menghala ke ruang mesin basuh. Mata saya bulat menatap pintu.
Kawan saya bertanya “bunyi ape tu kak?”, saya hanya menggelengkan kepala tapi hakikat saya tahu rangka katil besi yang tersandar sendeng di ruang mesin basuh itu telah menghempap mesin basuh.”Kak, jom la tengok”, bukan main cemas lagi muka semua orang. Perlahan-lahan kami berjalan ke dapur. Disebabkan saya paling ‘kakak’, jadi sayalah yang di hadapan. Sempat lagi tangan mencapai pisau kiwi baru beli di tesco petang semalamnya.
“Siapa tu?” aku buat-buat berani nak tanya. Dalam hati ni kenapalah asyik aku aje yang terpaksa memberanikan diri yang hakikatnya hampeh. Mereka berdua hanya mengekori dari belakang. Semasa nak buka pintu, saya pejamkan mata sambil baca ayat kursi kuat-kuat. Saya tak nak nampak apa-apa. Kawan-kawan saya di belakang ternampak makhluk genit tetapi mengerikan tertenggek di atas alang rangka katil itu. Lantas mereka tarik tangan saya lalu menutup pintu. Saya terduduk atas bungkusan sabun serbuk. Alhamdulillah tak ada masalah peranakan jatuh.
“Akak, kitorang nampak kak. akak nampak tak? Apa kita nak buat ni!” Aku yang memang tak nampak apa-apa bingung. “Korang nampak apa? Bawak mengucap. Baca bismillah banyak-banyak. Jangan lupa ayat kursi. “Segera aku menyuruh mereka ambil wuduk dan baca yassin. Bila teringat balik, nasib baik bukan aku yang nampak.
Semasa kami baca yassin, rumah kami menjadi panas tiba-tiba. “Kamu pergi bukak tingkap” arahku. Kemudian terus membaca. Tiba-tiba pintu rumah dicakar-cakar berulang kali. Besi grill diketuk-ketuk. Bingit sungguh. Mahu berpesta agaknya. Selsai membaca yasin, kami pagarkan rumah. Kemudian bunyi yang bising pun hilang.
Keesokan harinya lepas solat subuh aku mahu melihat pintu di hadapan. Obvious sungguh kesan cakaran 3 kuku. Aku dah terbayang muka tuan rumah akan marah tengok keadaan pintu rumah macam ni. Lepas itu aku pergi melihat keadaan ruang mesin basuh pula, besi katil yang menghempap mesin basuh itu kembali terletak pada kedudukan asalnya. Lama aku berfikir, mungkin mereka marah sebab masuk di rumah yang telah ditinggalkan lebih 3 hari sebelum kami masuk tanpa meminta izin. Mungkin jugak mahu meng’orientasi’kan kami.
Selepas kejadian itu, kami tidak sekali pun meninggalkan rumah kosong lebih dari 3 hari. Kalau mahu pulang ke kampung pun bergilir-gilir sampai hujung sem.
Kisah seram ini telah dikongsikan oleh seorang pembaca yang tidak mahu namanya di sebutkan di ruangan ini.

Kesimpulannya, jika kita berpindah ke rumah yang baru tidak kiralah menyewa atau membeli, haruslah kita membuat solat hajat atau bacaan doa selamat untuk mendinding rumah itu daripada gangguan makhluk halus ini. Sekian, terima kasih.

Mati Dalam Keadaan Sedang Bersujud Menghadap Kiblat

♠ Posted by Unknown
Kegembiraan menyambut satu Syawal bertukar hiba bagi ahli keluarga warga emas Ambak Mohamad, 82 tahun.

Allahyarham ditemui mati di hari pertama lebaran semalam.

Mayat allahyarham ditemui dalam keadaan sujud di atas sejadah dan menghadap kiblat.

Mayat ditemui anak saudara allahyarham di dalam biliknya.

Berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau dan hampir reput, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia 4 hari lalu.

Mangsa meninggal dunia dipercayai diserang sakit jantung.

Mangsa yang sudah tiga tahun tidak boleh berjalan dan hanya mampu mengengsot untuk bergerak.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. 

Sumber www.siakapkeli.com

BAIKNYA HATI!! AWAL ASHAARI TUMPANGKAN BANGLA KE MASJID

♠ Posted by Unknown

Sejak bergelar bapa, semakin berseri-seri wajah pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari.

Di sebalik kegembiraannya di atas kelahiran cahaya mata perempuan pada 22 Julai lalu, Awal turut tidak ketinggalan berbuat kebaikan yang sangat-sangat dituntut oleh mana-mana agama pun.

Walaupun berlainan bangsa dan budaya, Awal tidak segan-silu menumpangkan enam lelaki warganegara Bangladesh yang ditemuinya berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi 1 Syawal lalu.

Memang mulia perbuatan Awal yang seharusnya dicontohi oleh semua orang di luar sana.

Memang bertuah enam lelaki yang dapat tumpang kereta Awal, bukan calang-calang orang, selebriti popular tu!

Apa-apa pun ‘thumbs up’ buat Awal!

KISAH BENAR ! MAYAT BACA SURAH YASSIN DI MEKAH

♠ Posted by Unknown
                                         Mayat 8 bulan didapati telah duduk membaca quran.

Kisah Benar Mayat Baca Surah Yasin Di Mekah. Kisah ini telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Arab Saudi. Peristiwa ini  berlaku dan telah disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser iaitu penceramah bebas yang sangat terkemuka di Malaysia .

Menurut sumber , ceritanya bermula  pada  musim haji yang lepas, pelajar malaysia telah membantu orang  Arab untuk mengebumikan mayat seseorang yang meninggal dunia pada musim haji kali itu .Tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah  terletak di Ma’la

Disana , mereka akan menyediakan sebuah lubang dan meninggalkan mayat tersebut selama 8 bulan .  Lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru selepas 8 bulan.

Genap 8 bulan pada  hari tersebut, orang arab lari bertempiaran apabila salah satu lubang yan dibuka mendapati  mayat itu sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah.Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah.

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di lubang tersebut . Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Sumber: Edisikini dan Melayukini

Usahawan Lapor Polis Dakwa Fizz Fairuz Gagal Lunaskan Hutang RM15,000

♠ Posted by Unknown



Seorang usahawan yang mahu dikenali sebagai Linda kesal dengan sikap lepas tangan pelakon popular Fizz Fairuz kerana gagal membayar semula wang berjumlah RM15,000 yang dipinjam pada Oktober tahun lalu.
Linda berkata keputusan membuat laporan polis dan dedahkan perkara itu adalah jalan terakhir untuk mendapatkan semula wangnya selepas pelbagai usaha dan rundingan dibuat dengan pelakon filem Mat Tudung itu menemui kegagalan.
“Nampaknya saya terpaksa membuat laporan polis dan mendedahkan perangai dia pada media sebab dah lama saya bertolak-ansur. Tapi, dia memberi alasan dan mengelak daripada melunaskan hutangnya,” ujar Linda kepada Harian Metro.
Linda berkata Fizz Fairuz meminjam duit daripadanya dengan alasan membuat pengubahsuaian rumah ibunya di Pahang.
“Bagi saya mudah saja, tak perlu ubah-ubah cakap dan canang itu dan ini di merata tempat. Sekarang, bayar saja semula hutang saya. Dia berjanji untuk bayar semula antara April hingga Jun lalu, tapi hingga kini, dia mendiamkan diri dan mengelak”
”Saya sudah bagi peluang kepadanya secara baik tapi nampaknya dia yang nak perkara ini dibesarkan,” tambah Linda yang meminjamkan duit atas dasar persahabatan.
Namun, Fizz Fairuz melalui SMS kepada Linda yang beliau sudah memulangkan semua duit itu kepada pihak ketiga yang juga rakan Linda dan tidak mahu diganggu lagi.
Linda yang masih tidak menerima wang dijanjikan itu mengesyaki satu pakatan berlaku di antara Fizz dengan pihak ketiga, sekali gus membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju. (rtky/m)

SUMBER

Astro Bekerjasama Dengan Syarikat Dari Israel

♠ Posted by Unknown

Astro bukan lagi satu syarikat yang calang-calang di Malaysia ini, syarikat siaran televisyen berbayar ini telah bertapak di Malaysia hampir 18 tahun dan menjadi syarikat yang memonopoli perkhidmatan siaran berbayar di Malaysia buat masa ini.

Sebelum ini kecoh apabila ramai pelanggan Astro meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan Astro yang dikatakan mahal dan tidak berbaloi dengan nilai yang dibayar.Banyak filem dan drama yang diulang-ulang sehinggakan ada yang diulang 5 kali sehari membuatkan orang merasa bosan.

Namun sebenarnya ada yang lebih penting dari perkhidmatannya.Baru-baru ini satu pengguna Facebook telah bertanyakan soalan kepada pihak Astro berkenaan usahasama pihak Astro bersama satu syarikat berpengkalan di UK berkenaan satu perjanjian melantik syarikat AMDOCS sebagai "Subscriber Management System" syarikat tersebut.

Disaat semua rakyat Malaysia memboikot Israel atas kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin.Apa yang ASTRO buat? Memberi dana untuk membunuh rakyat Palestin?



Bukti AMDOCS Syarikat milik Israel >>http://www.haaretz.com/mobile/behind-the-scenes-at-the-company-behind-the-scenes-1.467391?v=8CB8BFF520D7AFCB8587EEE59590C261

Bukti perjanjian ASTRO dan AMDOCS >>http://www.haaretz.com/mobile/amdocs-bags-malaysian-paytv-contract-with-astro-1.129083?v=FBFF039E01C92C05078F83BD97EE5A19