Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

USTAZ AZHAR IDRUS. Biodata PENUH Dan Kisah Sebelum Bergelar Pendakwah

♠ Posted by Unknown
SIAPA USTAZ AZHAR IDRUS? Biodata PENUH Dan Kisah Sebelum Bergelar Pendakwah | Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir.

Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus. Dulu pernah ada satu rancangan Ustaz Azhar Idrus di Astro iaitu Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus. Tapi atas sebab2 tertentu, rancangan ini telah diberhentikan siarannya.. huhuhhuhuh. yang tinggal cumalah FanPage Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus (original)saja. JOM LIKE PAGE UAI. Klik SINI untuk ke FanPage Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus (Original). Klik, jangan lupa tau...

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu“band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamorMungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anak-anak muda..

Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir.. Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz? Apakah yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelarUstaz yang dipetik dari FacebookUstaz yang aktif bersukan dan pernah mewakiliTerengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganusebagai artisgrafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Biodata Penuh:


Nama:
Ustaz Azhar Bin Idrus

Tarikh Lahir:
12 Februari 1964

Berasal:
Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu

Hobi :
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.

Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun

Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya

Isteri :
1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun)

Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)

Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui YoutubeFacebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.

Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus (Original)

Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya paraIlmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkanUAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkankebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.

Misteri Penemuan Jambatan Purba Nabi Adam!

♠ Posted by Unknown
Pada bulan Oktober 2010, sebuah teleskop angkasa berkuasa tinggi milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), telah merakam sebuah objek yang tidak dikenali di antara India dan Sri Lanka.



Apa yang menariknya, objek tersebut kelihatan mirip seperti sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara itu.

Lantaran penemuan yang menakjubkan itu, pihak NASA telah menamakan objek tersebut sebagai 'Adam Bridge'. 

Dianggarkan berukuran sepanjang 30 kilometer, objek tersebut mempunyai satu bentuk garisan melengkung yang hampir sama seperti sebuah jambatan.

Ekoran penemuan itu, ia mendapat perhatian daripada Jabatan Arkeologi Sri Lanka. Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut, mereka mengesahkan objek berkenaan adalah sebuah jambatan purba yang dikenali sebagai Jambatan Rama.



Berdasarkan kajian yang pernah dijalankan sebelum ini mendapati kewujudan jambatan tersebut dibuktikan melalui penelitian terhadap sebuah kitab kuno yang dikenali sebagai Mahabhrata dan Ramayana.

Mengikut rekod kajian mereka, usia jambatan tersebut mungkin mencecah satu hingga dua juta tahun. Uniknya, jambatan berkenaan didakwa telah dibina oleh manusia yang hidup ketika itu.

Namun, timbul persoalan sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Lebih mengelirukan, bagaimana manusia ketika itu mampu membina sebuah jambatan yang berukuran sepanjang 30 kilometer? Sesuatu yang sangat mustahil!

Jika dilihat pada situasi ini, kewujudan artifak tersebut sebenarnya tidak sesuai dengan zamannya. Penemuan jambatan purba ini telah mendahului zaman di mana perbandingan corak sosial dan teknologi pembinaannya menyebabkan artifak ini dilihat datang daripada satu zaman yang tidak sepadan dengan waktu ianya ditemui.

Bagaimanapun, penemuan artifak seperti ini banyak ditemui dan masih belum mampu dijelaskan sehingga ke hari ini.

Mengikut teori yang dikemukakan oleh seorang ahli Cryptozoologist Amerika Syarikat, Ivan T. Sanderson, penemuan seumpama ini digelar sebagai Out of Place Artifact (OOPART).




Menurutnya lagi, fenomena OOPART merupakan kejadian yang tidak diketahui puncanya. Ia juga merupakan istilah asing yang paling jarang digunakan dalam sesuatu penemuan.

Merujuk kepada objek sejarah, arkeologi atau paleontologi yang ditemui tidak sesuai pada zaman dan tempatnya. Ia dilihat bertentangan dengan sejarah, masa dan teori kewujudan.

Selain 'Adam Bridge', terdapat dua lagi penemuan arkeologi yang terkenal yang dikategorikan sebagai OOPART. 

Crystal Skull



Pertama, penemuan Tengkorak Kristal atau 'Crystal Skull' yang merupakan artifak peninggalan bangsa Maya di Yakatan, Mexico.

Seperti yang sudah diketahui ramai, bangsa Maya merupakan salah satu bangsa yang telah mengeluarkan satu ramalan mengenai kemusnahan Bumi yang bakal berlaku pada tahun 2012 yang lalu. Ramalan ini berlandaskan kepada kiraan kalendar matahari dalam tamadun ini.

Namun, selepas penemuan Tengkorak Kristal, ramai ahli arkeologi merasakan terlalu banyak rahsia dalam tamadun Maya yang mereka tidak ketahui.

Jika dilihat daripada aspek ketelitian dan reka bentuk tengkorak ini, ramai pengkaji mengandaikan adalah sesuatu yang mustahil bangsa ini mampu menghasilkan artifak yang begitu sempurna kerana tengkorak ini dihasilkan daripada batu permata Amesthyst. 

Soalnya, sejauh manakah bangsa Maya ketika itu mampu membentuk batu keras ini menjadi artifak yang sama seperti tengkorak manusia sedangkan manusia di zaman teknologi sekarang pun amat sukar untuk mengukir batu permata ini?

Tulisan Hiroglif Mesir Kuno




Selain artifak purba Maya, satu lagi penemuan yang dianggap sebagai OOPART adalah tulisan Hiroglif yang menggambarkan peradaban kuno Mesir Sebelum Masihi. 

Yang peliknya, di dalam tulisan ini terkandung pelbagai jenis kenderaan udara pada zaman ini seperti helikopter, kapal terbang dan lain-lain figura yang mungkin wujud pada masa hadapan.

Namun, kemunculan tulisan ini kekal menjadi tanda tanya kerana pesawat pertama yang dicipta di muka bumi hanya berlaku pada abad ke 16 yang dicipta oleh dua orang adik-beradik, Orville dan Wilbur Wright.

Bagaimanapun, istilah OOPART yang dikemukakan oleh Sanderson disangkal oleh sesetengah ahli sejarah yang skeptikal. Mereka berpendapat teknologi untuk menghasilkan artifak itu telah pun wujud sezaman dengan perkembangan sesuatu tamadun.

Jadi, dakwaan yang mengatakan teknologi pembuatan artifak yang mendahului zaman sebenarnya tidak wujud.

Golongan ini berpendapat, perkara ini adalah tipu helah semata-mata dan ia tidak ada kena mengena dengan teknologi yang mendahului zaman.

sumber

Lee Chong Wei dedah sikap ego Liew Daren yang sebenar !!

♠ Posted by Unknown


Pemain perseorang nombor satu dunia, Lee Chong Wei tampil membuka mulut dan membuat pendedahan pertama berhubung punca prestasi merudum pemain perseorangan ketiga negara Liew Daren pada saingan Piala Thomas yang sudah berlangsung . Menurut pemain berusia 32 tahun itu, dia dan barisan kejurulatihan sudah lama mengesan perubahan pada diri Liew namun enggan memberitahu kepada umum sebaliknya memberi nasihat dan teguran berterusan. Katanya lagi, penurunan prestasi pemain berusia 27 tahun itu disebabkan sikap ego yang tinggi selepas memenangi gelaran pertamanya di Terbuka Perancis pada 2012. Dia ingat dia sudah bagus. Masa sesi latihan apabila jurulatih bagi nasihat, dia tak mahu ikut. Sudah mula seperti tidak mahu terima nasihat orang lain. Saya sendiri pernah marah dia. >Saya beritahu kepadanya, masa dia masih berada di bawah, memang tiada tekanan tapi bila dia sudah menghampiri standard saya, tekanan pasti berbeza.

6 Gambar: Jenis fesyen Izara Aishah yang amat mengejutkan

♠ Posted by Unknown
6 Jenis fesyen Izara Aishah yang amat mengejutkan - Kalau artikel terdahulu penulis berkongsi lima jenis fesyen pilihan Lisa Surihani, kali ini pula fesyen pilihan utama Izara Aishah menjadi sasaran seterusnya.

Menerusi portal wanista, terdapat enam jenis fesyen terkini yang digemari oleh pelakon jelita itu iaitu blazer hijau lembut dipadankan dengan leather pants, long coat rona hitam, printed loose dress dipadankan dengan sandals, blouse putih disesuaikan dengan pants, crop top dipadankan dengan printed sarong dan blouse dipadankan dengan wide-leg pants.

Mari layan 6 gambar Izara menggayakan fesyen yang disukainya di bawah.





















Zizan Razak Tinggalkan Emma Maembong??

♠ Posted by Unknown


Zizan Razak Tinggalkan Emma Maembong | Pelawak, pelakon dan pengacara terkenal, Zizan Razak akan kembali menagih cinta Juliana Evans dan meninggalkan kekasih hatinya sekarang iaitu Emma Maembong.
“Kalau saya memilih dia, mungkin saya menunggu dia. Tetapi kalau saya sudah bersama dengan orang ini takkan saya nak buat macam itu kan?
Saya pun manusia. Saya dah mengaku ada apa-apa dengan Emma, takkan saya sekejam itu.

Tetapi kalau saya ada hati pun dengan yang sana, takkan saya nak tinggal yang sini, betul tak?,” katanya. 

TERKINI! Hafiz Hamidun not my taste - Heliza

♠ Posted by Unknown

Agaknya bila kita memberikan bayangan jika Heliza Helmi mempunyai hubungan cinta dengan Hafiz Hamidun, pastinya ramai yang akan menyokong.

Tapi sebaliknya kepada Heliza sendiri yang mengakui Hafiz bukanlah taste dia, tapi lebih kepada seorang abang yang boleh memberikan nasihat. 

"Saya tidak faham mengapa orang suka mengaitkan saya dengan Hafiz sedangkan tiada apa yang berlaku pun di antara kami.
 

"Dia bukanlah ciri-ciri lelaki yang saya mahukan sebaliknya saya anggap dia sebagai abang dan rakan kerja dalam industri seni muzik," -Heliza. petikan mStar

SENSASI !! Sesi Photoshoot Lisa Surihani Di Tepi Pantai Cukup Cantik

♠ Posted by Unknown
Pelakon kecil molek Lisa Surihani yang baru-baru ini telah memuatnaik beberapa keping gambarnya yang cukup cantik semasa ditepi pantai .

Bak kata orang kalau dah cantik bergaya bagaimanapun akan kelihatan cantik.

Wajah Lisa yang memang kita kenali dengan keayuannya memang tidak dinafikan cukup cantik walaupun tidak mengenakan mekap . 

Jom kita layan beberapa keping gambar Lisa dibawah .