Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

Wawa Zainal Cerita Perangai Sebenar Suaminya

♠ Posted by Unknown
PERTEMUAN dengan pasangan sama cantik sama padan ini di Sri Pentas, Bandar Utama, Khamis lalu, membongkar pelbagai kisah menarik. 


Antaranya, berkongsi cerita bagaimana mereka mengemudi rumah tangga dan bergelar ibu bapa di usia yang muda, sekali gus impak fasa kehidupan berkeluarga kepada diri mereka yang kini lebih matang.

Nur Hawa Zainal Abidin, 23, atau lebih dikenali menerusi nama komersialnya Wawa Zainal, memberikan kredit kepada suaminya, Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 26, yang disifatkan sebagai seorang yang sangat penyabar.

“Saya orangnya agak baran sementara, Aeril sangat penyabar. Kadang-kadang penat, benda kecil pun jadi hal. Kalau saya marah-marah, dia biasanya diam saja atau paling tidak pun merajuk.

“Akhirnya saya yang pujuk dia semula bila dibebani rasa serba salah. Namun Aeril mudah sejuk dan tidak pernah memanjangkan hal. Saya berasa bersyukur kerana mempunyai suami yang baik dan tidak banyak kerenah.


“Aeril seorang yang ringan tulang dan sangat membantu. Dia akan ambil alih jaga Attar, kalau saya memasak atau melakukan kerja rumah."

Pengarah Dedah Perangai Sebenar Lana, Rita, Rosnah Mat Aris

♠ Posted by Unknown


Kata-kata hikmah jangan menilai seseorang daripada luaran mungkin ada benarnya walaupun ada orang cakap ungkapan itu seakan tak relevan lagi pada masa kini. 

Jika melihatkan kepada penampilan daring Lana Nodin, Rosnah Mat Aris dan Rita Rudaini sebelum ini, tak siapa menyangka yang mereka rupa-rupanya sangat menjaga solat lima waktu yang menjadi kewajipan bagi seluruh umat Islam.

Perkara ini didedahkan oleh pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan tiga aktres itu dalam penerbitan drama. 

Menerusi status Facebook, Shahrulezad menyatakan rasa kagumnya di atas sikap Lana, Rita dan Rosnah yang sentiasa menjaga solat walaupun mengetahui rutin penggambarandrama yang sentiasa tidak menentu masanya. 

Disebabkan kesukaran pelakon wanita untuk mendirikan solat di lokasi penggambaran, Shahrulezad telah berpesan kepada juru mekap artis untuk memberikan laluan kepada aktres-aktres mengerjakan kewajipan mereka terlebih dahulu barulah meneruskan penggambaran walaupun pihak produksi mengejar waktu dalam menyiapkan sesuatu babak drama yang dilakonkan. 

 

Bila lihat Lana Nordin kat skrin tv skrg buat saya rasa sedikit kagum dgn dia. Dalam segala kutukan yg dia terima disebabkan imej seksi nya itu tapi bila di set lokasi saya dia amat menjaga waktu solatnya walaupun terpaksa dimekapkan berulang ulang kali siap dgn bulu mata palsu setiap kali hendak masuk set selepas solat. Sedikit pun dia tak komplen. Rita Rudaini pun sama. Seorang yg sgt menjaga solatnya. Dia akan gelisah bila waktu solat hampir berlalu. Yer lah waktu shooting kan tak menentu dan sentiasa terkejar kejar scene. So yg selalu jadi masalah ialah artis wanita ler sbb terpaksa tergesa gesa nak buang mekap dan pakai semula.Oh yer Rosnah Mat Aris pun sama jugak dan beberapa artis artis yg lain. 

Kalau artis lelaki senang jer. Boleh solat di mana saja. Tapi artis perempuan ni sedikit susah. Kadang kadang terkial kial mereka fikir nak solat di mana sekiranya set ditepi jalan atau di dalam hutan. Tu yg kadang kadang ada sesetengah artis wanita terpaksa mengqadakan solat mereka bila balik rumah. Bayangkan bila penat seharian di set shoot sampai lewat malam. Balik umah kena qada solat pulak. Ada tu yg cerita dekat saya pernah sampai tertidur tidur derang dalam solat sebab keletihan. Dah tak pasal pasal kena qada balik. Kesian kan. 

Sebab tu saya dah pesan dengan krew saya terutamanya mekap artis supaya beri laluan pada artis artis perempuan yg nak bersolat. Memang leceh sebab nak buang mekap dan pakai semula berulang ulang kali tapi demi membantu mereka menjalankan kewajiban itu adalah tanggungjawab dan keutamaan kita. Kita akan tunggu mereka bersiap tanpa syarat walaupun kita cemas mengejar waktu. 

Apa apa pun saya senang dgn perubahan ini. Telah mula ramai artis artis kita yg mula menjaga solat mereka meskipun keadaan kerja mereka yang tak menentu dan selesa… 

Alhamdullilah… - Shahrulezad Mohameddin. 

Itulah jangan ingat, walaupun selebriti sentiasa dilimpahi keglamoran, jangan ingat mereka tidak patuh kepada suruhan-Nya dalam mengejar bekalan untuk akhirat kelak. 

Sumber: Audrey Lee / Mynewshub

Abby Abadi berkongsi lukisan sedih oleh salah seorang anaknya

♠ Posted by Unknown
Nampaknya harapan untuk Abby Abadi dan bekas suaminya, Farhan rujuk semula telah pun kabur sekabur-kaburnya. Tidak kesampaian sehingga ke akhir hayat nampaknya jodoh mereka berdua. Hanya keajaiban sahaja yang boleh menyatukan mereka kembali. Itulah kata-kata yang diluahkan oleh Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

abby abadiSedih memang sedih namun inilah kenyataan yang harus dihadapi oleh Abby Abadi. Berkongsi gambar di atas yang dilukis oleh salah seorang anaknya, Abby menulis:-
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu…………… (Dania lukisss) Tak terjawab dah soalan2 dari Anak3. Macamana? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Tak rinduuuu ker? Huhu.. ALLAH je tahu……
Sy terbaca 2org kawan dalam insta ni mimpi Abi balik berbaik balik dgn Sy….. sampai termimpi2 yg tak tahan tu… Sy langsung takde mimpi apa2… tidur mati! Hehe… Dania pun cakap tadi yg dia mimpi Abinya…. mmmmmmmmmm……..
Beginilah Sahabat2ku, Sy dpt rasakan yg dia lebih bahagia diluar sana…. & Sy sudah tidak meletakkan apa2 harapan lagi…… Apa yg Sy buleh katakan, kalau berbaik memang ‘keajaiban’berlaku…….. Jika sebaliknya, ALLAH lebih mengetahui apa yg diatur utk Sy… Sy redha.#JomIstighfar Kita hamba yg berdosa……..
abby abadi
Sesungguhnya keajaiban itu memang boleh berlaku. Banyak-banyakkanlah berdoa. Mana tahu hati Farhan terbuka balik untuk menerima Abby sebagai isterinya kembali. Itulah rasanya penamat yang terbaik untuk keluarga ini. Sama-samalah kita doakan.

Luahan Sayu Muhammad Noor Farhan Che Bakar Isu Cerai : Apa Yang Berlaku Sesuatu Yang Amat Sukar Baginya !

♠ Posted by Unknown



Wajah sedih Farhan suami Abby Abadi di Mahkamah - Sebagai seorang lelaki mungkin amat berat bagi Muhammad Noor Farhan Che Bakar 24, untuk menempuhi apa yang di alami nya hari ini.

Beliau hanya insan biasa yang masih muda dulu nya tidak di kenali oleh sesiapa pun kecuali keluarga dan kawan-kawan terdekat dengan nya.


Namun setelah diri nya memilih untuk mendirikan rumahtangga dengan seorang pelakon Jelita bernama Abby Abadi nama nya mula di kenali dan menjadi sebutan.

Dengan raut wajah yang handsome dan mempunyai latarbelakang seorang insan yang amat baik, amat lah sesuai diri nya untuk bersama seorang insan cantik dan terkenal seperti Abby Abadi walaupun jarak umur mereka agak jauh.


Mereka memilih untuk mendirikan rumahtangga jalan yang terbaik untuk mereka berkongsi kasih sayang mereka, di awal pernikahan mereka rata-rata amat menyanjungi apa yang mereka lakukan dan semua mendoakan jodoh mereka berkekalan.

kehidupan mereka amat bahagia dengan foto-foto mereka amat senang untuk di lihat dilaman-laman sosial, namun dalam seminggu dua ini timbul desas desus di media sosial yang hubungan mereka kini bergolak, apabila Abby memuat naik status di laman sosial supaya mendoakan kebahagian mereka berdua.


Hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur Abby memfailkan cerai dan mendakwa Farhan sudah 2 kali melafazkan cerai terhadap nya, keputusan kes ini akan di sebut 11 jun nanti.

Namun dalam setuasi ini Farhan nampak lebih tertekan berbanding Abby mungkin faktor usia dan pengalaman mebuatkan farhan begitu sugul dan sedih sehinggakan tidak mahu di temu bual oleh para wartawan, berbanding Abby yang nampak lebih terbuka.

Pada Farhan dan Abby mungkin dugaan untuk anda, bukan semua orang mahu apa yang berlaku seperti anda beruda alami mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, jadi kehidupan mesti di teruskan walau apa pun status anda. Oleh BrotherSam









ALHAMDULILLAH - ENGKU EMRAN MAHU RUJUK ERRA KEMBALI?

♠ Posted by Unknown
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mungkin itu adalah peribahasa paling tepat buat tiga beranak ini iaitu, Engku Emran, Erra Fazira dan Engku Aleesya yang pernah melalui hari-hari sukar dalam kehidupan mereka. 

Ini kerana, baru-baru ini ayat yang ditulis oleh Engku Emran melalui Twitter dan Instagramnya seolah membayangkan yang dia masih sayangkan Erra! Atau lebih tepat lagi, masih ada rindu dalam hati. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. 

Klik gambar untuk size besar
 

"Salam ALL... ok this wil be my last pix for tday and id like to dedicate this posting to ALL of u who hv doa-ed fr the best for this innocent girl's parents... tq fr giving me the idea to create the hashtag on her baju... we were in KLCC last nite to look fr a place that can do as such but failed... 

"But Alhamdulillah tday Aleesya n I managed to find a shop that wud do it... last nite Aleesya n I had an intimate chatagain... i asked her if she wud help me win back Mom... and she replied YES!!! (Saya bertanya apakah dia mahu membantu saya memenangi semula Ibu ... dan dia menjawab YA!!!) wtout hesitating followed by a looooong giggle... Aleesya only giggles when shes v excited... 

 

"Im not ashamed to show that i stil hv strong n steep feelings fr SA simply bcoz SA n i know we r not at fault fr what happened on 18/2... like sum of u commented tday i need to make the first move... fyi i hv done so 3 days ago when i texted SA expressing my undying feelings fr her... yes i hv always been the CHASER n i like it that way... coz thats the nature of human being... 

 

"Im not prepared to share what actually happened thru out our marriage bcoz its really2 personal... but i really do hope n need ALL ur prayers n doa yg terbaik fr the 3 of us... Aleesya is 50% of me... and the other 50% of Ayah is wt Mom...hence pls #prayformomandayah as Aleesya's tshirt reads... Wsalam ," jelas Emran mengenai isi hatinya. 

Bagi anda yang ingin lihat mereka bahagia semula, jom kita doakan yang terbaik buat mereka bertiga.