Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

Senarai Jenama Coklat Di Langkawi Yang Terdapat DNA Babi

♠ Posted by Unknown
Senarai jenama coklat di Langkawi yang ada DNA Babi (Porcine) tersebar. Menerusi laman sosial, kini tersebarnya beberapa produk coklat yang mudah didapati dari Langkawi mengandungi lemak khinzir disamping tiada logo halal JAKIM. Seperti sedia maklum, Langkawi merupakan daerah bebas cukai dimana orang ramai atau pengunjung memborong coklat pada kadar harga yang rendah. Antara coklat tersebut adalah Coklat Jenama Frey, Whittaker’s, Hershey’s, Mars. 









Gempar !! Kanak-Kanak Perempuan 2 Tahun Ditemui Mati Tanpa Kepala !!

♠ Posted by Unknown


Begitu menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan telah ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin malam tadi . Berdasarkan maklumat , Kanak-kanak malang itu berusia antara dua hingga tiga tahun telah ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya. Kini polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa telah dilihat orang awam dan usaha untuk mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu kini sedang giat dijalankan. Ibu bapa mangsa juga sudah dimaklumkan dan mereka sudah pun membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya itu , "Katanya lagi" . Menurut pegawai siasatan , pemeriksaan di tempat kejadian juga telah membawa kepada penemuan serpihan marble berhampiran mayat yang dipercayai telah digunakan untuk mengelar mangsa. Motif sebenar kejadian itu juga masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan .

TERKINI! Gambar Syamsul Yusof, Puteri Liyana sejak bergelar suami isteri

♠ Posted by Unknown
Semua rasa sudah sedia tahu yang kisah Syamsul Yusof merajuk dengan dunia hiburan selepas filem terakhirnya KL Gangster 2 menjadi mangsa cetak rompak beberapa minggu sebelum tarikh tayangan rasmi. Boleh tahan lama juga rajuknya itu.
Syamsul Yusof & isterinya, Puteri Sarah membuat kemunculan di khalayak ramai buat pertama kali sejak berkahwin ketika menghadiri tayangan perdana filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof di Bandar Utama kelmarin.
Dalam kenyataan kepada media Syamsul Yusof berkata yang sejak mereka kahwin, Puteri Sarah banyak memberi kata-kata semangat untuk beliau bangun semula dan bergiat aktif dalam dunia seni seperti sebelum ini.
“Saya sudah boleh terima hakikat (isu filem dicetak rompak). Selepas kahwin, isteri saya banyak memberi dorongan dan semangat untuk saya kembali ke dunia seni,” kata Syamsul Yusof.
Syamsul Yusof juga berkata yang beliau banyak berubah selepas mendirikan rumahtangga namun beliau tidaklah mahu menceritakan semuanya kepada umum. Kami suka melihat pasangan ini, sederhana sahaja perjalanan mereka. Harap berkekalan.

#68 Puteri Sarah Beri Semangat Syamsul Yusof Untuk Kembali Aktif Berkarya - ROTIKAYA

#66 Puteri Sarah Beri Semangat Syamsul Yusof Untuk Kembali Aktif Berkarya - ROTIKAYA

#65 Puteri Sarah Beri Semangat Syamsul Yusof Untuk Kembali Aktif Berkarya - ROTIKAYA

#64 Puteri Sarah Beri Semangat Syamsul Yusof Untuk Kembali Aktif Berkarya - ROTIKAYA

SENSASI !! Dato Siti Pakai Baju Watak Animasi Elsa (Frozen) Memang Cantik!!

♠ Posted by Unknown

Penyanyi No 1 negara Dato Siti Nurhaliza rupa-rupanya merupakan salah seorang peminat kartun animasi watak Elsa dalam filem animasi Frozen . 

Terbaru Dato Siti telah memuatnaik gambarnya memakai pakaian watak animasi kegemarannya Elsa . 

Memang cantik Dato Siti mengenakan pakaian serba biru laut dan sesuai dengan watak Elsa . 

Jom layan gambar Dato Siti dengan pakaian ala filem animasi Frozen .

Punca Sebenar Suami Abby Abadi lakukan dua kali lafaz cerai

♠ Posted by Unknown
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai dan mengakui terkejut apabila diberitahu mengenai perkara itu.


Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk secara perbuatan tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.

“Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepada saya tetapi dia memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui sama ada ia sah atau pun tidak.

“Apabila diberitahu lafaz dibuat itu sah kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah,” jelas Abby kepada mahkamah.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu.

Terdahulu, Abby selaku plaintif memberitahu mahkamah, Muhammad Noor Farhan telah menghantar mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepadanya berbunyi “Aku ceraikan kau” dan diikuti “Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku” pada 9 Mei lalu.

Pasangan itu membuat permohonan di kaunter mahkamah untuk menfailkan lafaz cerai kali pertama yang dibuat oleh Muhammad Noor Farhan pada Januari lalu.


Jelas Abby, SMS yang dihantar kira-kira pukul 10.25 pagi itu dibuat oleh defendan selepas mereka bertengkar pada malam sebelumnya ekoran suaminya itu tidak pulang ke rumah.

“Semasa saya terima SMS berkenaan saya berada di dalam kereta namun saya tidak ingat ada atau tidak membalas mesej itu untuk mendapatkan kepastian daripadanya.

“Kejadian berpunca selepas terdapat perselisihan faham yang berlarutan sehingga dia tidak balik rumah pada malam sebelum dia melafazkan cerai menerusi mesej,” katanya kepada mahkamah.

Muhammad Noor Farhan ketika disoal balas oleh Shaiful Azli mengakui ada menghantar SMS berkenaan dan memang berniat untuk menceraikan isterinya itu.


Sementara itu, Abby ketika ditemui diluar mahkamah memberitahu, dia reda dengan ketentuan terhadap perkahwinannya dengan Muhammad Noor Farhan namun masih berharap ia dapat diselesaikan secara baik.-Mstar




Gempar !! ( Audio ) Suara Misteri Hantui Penduduk Flora Damansara

♠ Posted by Unknown

Beberapa minggu yang lalu, beberapa rakan telah berkongsi rakaman suara aneh yang didengari oleh penduduk apartmen Flora Damansara di Damansara Perdana menerusi lamanFacebook.
Menerusi laman Ping.Busuk, suara aneh itu didengari beberapa kali selepas pukul 11 malam dan kebimbangan itu turut dikongsikan melalui Facebook komuniti penduduk di situ.
Berikut merupakan ‘screenshot’ penduduk yang mengadu mengenai perkara itu:
http://www.youtube.com/watch?v=Was5Pjzu8iwhttp://www.youtube.com/watch?v=Was5Pjzu8iwhttp://www.youtube.com/watch?v=Was5Pjzu8iw
Berdasarkan hasil perbincangan di forum ‘Cari.com‘, beberapa individu telah berkongsi mengenai cerita misteri di Flora Damansara.
Antaranya:
1. “Member satu ofis ramai duk Flora Damansara. Al kisahnya ada semua unit rumah sana adalah laluan orang bunian. x pernah ada yg lama menyewa sana, kadar sewa pun murah. Citanya gini. kat rumah tu, area ruang tamu nya adalah laluan bunian. imagine la, time tgk tv bleh tengok ada orang lalu lalang kat depan, then tembus dinding. Ada sapa2 yg tahu rumah mana satu? aku x tanya plak kawan aku tapi mmg betul2 ada sebab ada geng satu ofis duk situ kejap je, terus pindah lain.”
2. “sesiapa sini yang tau ttg kisah hantu di kawasa perumahan flora Damansara? tapak ni bekas kubur orang asli..mula2 pindah dulu 2 malam berturut2 jumpa rambut panjang berbelit kat pokok kaktus dlm rumah..padahal kami rambut pendek je..huhuhu.”
3. “flora damansara… opismate dulu ada stay situ… mlm mlm dgr la, makhluk tu main tarik tin atasawning tingkap… bunyi tin dengan zink awning… last last pindah gi kota damansara…”
Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui sama ada betul atau tidak cerita-cerita ini.
Walau bagaimanapun , janganlah membiarkan ketakutan itu menguasai diri sehingga kita merasakan bahawa makhluk lain lebih berkuasa dari-Nya.
Wallahu a’lam…






Koleksi Khairul Fahmi Che Mat bergambar dengan Kayla Elayna

♠ Posted by Unknown
Anak pasangan, Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha, Kayla Elayna yang kini dah berusia 3 bulan. Kemana-mana sahaja pasti gambar Kayla diambil, boleh di katakan aktif instagram milik Leuniey.. Jom kita jenuk-jenuk gambar anak perempuan mereka ni.
Seronok betul kami tengok koleksi gambar Khairul Fahmi Che Mat bergambar bersama anaknya, Kayla Elayna yang dimuat naik oleh Lueniey di Insta-nya. Gambar penuh kecomelan Kayla selepas ini.