Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

Gempar !! Kanak-Kanak Perempuan 2 Tahun Ditemui Mati Tanpa Kepala !!

♠ Posted by Unknown at 5:49 PM


Begitu menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan telah ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin malam tadi . Berdasarkan maklumat , Kanak-kanak malang itu berusia antara dua hingga tiga tahun telah ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya. Kini polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa telah dilihat orang awam dan usaha untuk mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu kini sedang giat dijalankan. Ibu bapa mangsa juga sudah dimaklumkan dan mereka sudah pun membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya itu , "Katanya lagi" . Menurut pegawai siasatan , pemeriksaan di tempat kejadian juga telah membawa kepada penemuan serpihan marble berhampiran mayat yang dipercayai telah digunakan untuk mengelar mangsa. Motif sebenar kejadian itu juga masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan .

0 comments:

Post a Comment