Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

(TAHNIAH) Mak Mah Kini Sah Isteri Kepada Peneroka Felda

♠ Posted by Unknown at 12:20 AM
Jutaan tahniah diucapkan kepada Mak Mah, atau nama penuhnya Ruminah Sidek kerana telah bergelar isteri kepada Al Fatah Rahim Ismail (70 tahun) dengan sekali lafaz di dalam satu majlis kira-kira jam 9.20 pagi hari ini. Majlis pernikahan telah berlangsung di rumah abang ipar Mak Mah di Klang. Mak Mah (68 tahun) menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran. 
mak mah kahwinMajlis persandingan turut diadakan selepas pernikahan selesai dengan lebih kurang 300 tetamu telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Untuk makluman, Mak Mah pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai 6 orang anak, 20 orang cucu dan 6 orang cicit. Tahniah diucapkan buat Mak Mah dan suami atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

0 comments:

Post a Comment