Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

(TAHNIAH) Jue Aziz Akui Sudah Berkahwin Dengan Bayu Daniels

♠ Posted by Unknown at 7:55 AM
Akhirnya setelah begitu lama mendiamkan diri, Jue Aziz telah tampil dan membuat pengakuan sudah pun bergelar isteri kepada pemain gitar dari Indonesia, Bayu Daniels. Sebelum ini Jue dan Bayu masing-masing sering memuat naik gambar mereka berdua dengan aksi romantik di akaun Instagram masing-masing tanpa membuat penjelasan mengenai status hubungan mereka.
jue aziz
Berkata kepada Kosmo, Jue memaklumkan dia bukan sengaja mahu merahsiakan perkahwinannya namun dia engga menghebohkan perkara tersebut kepada orang ramai. Kata Jue:-
Ya saya sudah berumah tangga dan kini saya merupakan isteri kepada Bayu. Kami mendirikan rumah tangga di kampung halaman suami di Makassar Indonesia pada 9 Mac lalu.
Tidak dinafikan ia berlaku dengan begitu pantas kerana kami baru sahaja berkenalan selama empat bulan. Saya anggap ini semua adalah jodoh buat kammi berdua.
jue aziz akui kahwin
Untuk makluman, Jue Aziz, 31 tahun berkenalan dengan Bayu Daniels,28 tahun pada November tahun lepas di Hard Rock Cafe, Pulau Pinang. Antara sikap Bayu yang membuatkan Jue Aziz jatuh cinta ialah lemah lembut, menghormatio orang tua, baik hati dan tetap menyokong kerjayanya sebagai pelakon walaupun sudah berkahwin. Apa pun, tahniah diucapkan buat Jue dan Bayu. Lain kali berita baik sebegini haruslah dikongsikan secepat mungkin. Buat apa nak sorok-sorok kan?

0 comments:

Post a Comment