Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

TRAGIS: Seorang Ibu Sanggup Membelah Perut Sendiri Demi Melahirkan Anaknya.

♠ Posted by Unknown at 3:18 AM
Seorang Ibu Sanggup Membelah Perut Sendiri Untuk Melahirkan Anaknya | Sedih betul kisah ini apabila seorang ibu sanggup membelah perutnya sendiri demi melahirkan anaknya . Baca selanjutnya.
Sumber dari sebuah blog tempatan melaporkan bahawa seorang ibu bernama Inez Ramires Perez tinggal di sebuah rumah kabin di pergunungan Mexico Selatan yang jauh dari hospital . Kerana tinggal di dataran tinggi , tidak banyak tetangga yang berdekatan dengan rumahnya . Untuk sampai ke kawasan hospital mereka terpaksa melalui perjalanan yang jauh. Hari itu , dia sendirian di rumah dengan seorang anaknya berusia 6 tahun , bernama Bonito . Mendadak perutnya terasa sakit dan dia tahu bahawa dia hendak melahirkan . Malangnya , beberapa tahun sebelumnya , dia mempunyai pengalaman buruk soal melahirkan . Anaknya meninggal sebelum sempat dilahirkan akibat kesukaran melahirkan secara normal . Matahari sudah terbenam beberapa jam lalu . Klinik berdekatan berada 80 km jauhnya dan perlu melalui jalan curam . Suaminya masih belum pulang dan dia tak punya telefon untuk menghubunginya . Nekad melakukan operasi caesar sendiri Tepat tengah malam. 12 jam menahan rasa sakit , ibu berusia 40 tahun ini tidak mampu bertahan lagi. Duduk di sebuah bangku kayu yang rendah , dia kemudian mengambil botol arak dan minum beberapa teguk . Dia kemudian mengambil pisau dan mulai menghiris perutnya sendiri sepanjang 15 cm . Dengan bantuan cahaya malap dari mentol kecil , Inez Ramirez memotong kulit perut , lemak dan ototnya . Dia berhenti sebelum mencapai rahim dan menarik keluar bayi lelakinya sambil menahan rasa sakit . Kemudian, memotong tali pusat bayinya dengan gunting dan pengsan .
Hari itu , 5 Mac 2000 , seorang bayi lelaki yang sihat dan diberi nama Orlando Ruiz Ramirez dilahirkan dengan operasi caesar berjaya oleh ibunya sendiri . Aku tidak boleh lagi menahan sakit , " katanya . " Dan jika bayiku mati , maka aku memutuskan lebih baik aku mati dengan cuba menyelamatkannya . Aku berharap dia boleh membesar dan boleh melihatnya dewasa . Aku berfikir bahawa saat itu Tuhan yang menyelamatkan hidup kami berdua . Dalam Keaadan Yang Sihat. Walaupun tidak ada saksi yang melihat proses melahirkannya , dua doktor yang memeriksa keadaannya dan bayinya sepenuhnya yakin bahawa mereka dalam keadaan baik. Sebenarnya , Dr . Honorio Galvan dan Dr . Jesus Guzman sangat terkejut dengan apa yang didengarnya . Namun , ini adalah sebuah keberanian terpuji. Proses melahirkan ekstrim ini mendapat perhatian apabila dilaporkan dalam International Journal of Ginekologi dan Obstetrik . Inez Ramirez meneruskan ceritanya , di mana selepas dia melakukan operasi pada dirinya sendiri . Sekitar satu jam kemudian dia sedar dan membungkus perutnya dengan sweater agar perdarahannya berhenti lalu meminta anaknya untuk mencari bantuan . Beberapa jam kemudian , pekerja kesihatan menemui Inez sedang berbaring menahan rasa sakit di samping bayinya . Petugas kesihatan itulah yang kemudian menjahit luka sayatan dengan jahitan sepanjang 17 cm dengan jarum dan benang biasa . Dengan tambahan bantuan dari petugas kesihatan lain , kemudian Inez dan bayinya dibawa menggunakan kereta kuda ke bandar dan merawatnya di klinik kesihatan . Kisah ini adalah sebuah kisah keberanian dan kasih sayang seorang ibu dalam memperjuangkan nyawa anaknya . Sekaligus menunjukkan betapa besar cinta dan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya . Nota : korang boleh tengok sendiri salah satu contoh sayangnya ibu pada kita, Tetapi kita ? Tidak Menurut perintah ibu , Sedih admin T.T SUMBER

0 comments:

Post a Comment