Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

Selepas Paris, Aiman Hakim & Fathia Ke Korea Pula. Romantiknya!

♠ Posted by Unknown at 10:48 PM
Selepas Paris, Aiman Hakim & Fathia Ke Korea Pula. Romantiknya!
Jika dahulu, Nur Fathia dan Aiman Hakim Redza menafikan sekeras-kerasnya gosip cinta antara mereka biarpun beberapa kali terkantoi berkelakuan mesra seperti pasangan kekasih di hadapan peminat.
Bagaimanapun selepas setahun menyembunyikan rahsia, Aiman akhirnya mengalah dan mendedahkan kepada umum pada Februari lalu bahawa mereka berdua sedang bercinta.
Namun tidak seperti pasangan selebriti yang lain, Aiman dan Fathia tetap tidak menggembar-gemburkan hubungan percintaan mereka di media sosial.
Tetapi baru-baru ini, terpandang sekeping foto dikongsikan Fathia di Instagram yang menunjukkan kedua-duanya sedang berada di Korea.
Selepas Paris, Aiman Hakim & Fathia Ke Korea Pula. Romantiknya!
Kalau tak silap, selain daripada rombongan kerja ke Paris yang turut melibatkan Tasha Shilla dan Fizo Omar tahun lepas, ini merupakan pertama kali pasangan ini bercuti bersama selepas mereka mengaku bercinta.
Namun difahamkan, pemergian Aiman dan Fathia ke Korea sebenarnya ditaja oleh produk kecantikan K-Colly dan Height Up yang sememangnya berasal dari negara berkenaan.
Dalam pada itu, Fathia juga sempat bertemu kakak Aiman iaitu Sophia Suraya Ridza yang popular di Korea sebagai salah seorang jemputan di dalam rancangan Chit Chat of Beautiful Ladies.

Selepas Paris, Aiman Hakim & Fathia Ke Korea Pula. Romantiknya!
Jom lihat beberapa keping foto Aiman dan Fathia sewaktu berada di Korea. Nampak sweet sangat pasangan ni, kan?
fathia latiff 4
fathia latiff 2

fathia latiff 3

0 comments:

Post a Comment