♠ Posted by Unknown at 7:58 PM
Di hari Jumaat yang mulia ini bersamaan dengan 2 Mei 2014, penyanyi terkenal, Misha Omar telah selamat bergelar isteri kepada Firos Ezzwan Rossly di Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi.
Pasangan yang telah lama mengikat tali pertunangan ini diijabkabulkan oleh jurunikah, Ustaz Haji Ahmad Khamil dalam sebuah majlis penuh meriah yang berlangsung di Hotel Renaissance.
Firos dan Misha dilihat tampil sedondon memakai busana pengantin berwarna putih menjadikan pasangan mempelai ini bak merpati dua sejoli.
Sementara itu, Misha yang dihubungi oleh Hot FM beberapa minit sebelum pernikahan sempat berkongsi perasaan gembiranya bersama peminat.
Perasaan ini amat dasyat sekali. Ini bukan macam stage fright, semua stage saya dah pijak. Tapi bila masuk dewan nikah ni perasaan saya bercampur baur, rasa sayu dan bersyukur. Alhamdulillah, ini rezeki dan rahsia Allah. Kadang-kadang kita berharap tapi rezeki tak datang, akhirnya rezeki ini datang juga kepada saya, saya bersyukur.Saya berharap penukaran status ini bukan pengakhiran kepada kerjaya saya. Saya sayang semua peminat saya.
Sekadar mengimbas kembali, Misha dan Firos telah bertunang pada tahun 2012 dan majlis perkahwinan sudah beberapa kali ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu termasuklah kerana menghormati pemergian bapa Misha ke rahmatullah pada 30 November tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment