Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

Ustaz Azhar Idrus Dihentam Ustazah Nur Puteri Dayana

♠ Posted by Unknown at 12:14 AM

Sememangnya kita tahu ustaz Azhar Idrus memiliki ilmu agama serta pengetahuan yang luas. Beliau juga telah megelilingi pelbagai negara untuk mencari ilmu agama. Namun muncul pula Nur Puteri Dayana yang menggelar Ustaz Azhar Idrus sebagai saudara Azhar Idrus. Bukan itu sahaja beliau juga mempertikaikan ilmu Ustaz Azhar dengan mengatakan Ustaz Azhar tidak betul.

Admin tidak pasti sejauh mana Ustazah Nur Puteri Dayana menuntut ilmu hingga boleh pertikaikan ilmu seseorang ustaz. Bagi yang baru berjinak-jinak dengan agama pasti pening dengan kenyataan-kenyataan beliau.

Berikut adalah apa yang admin copy dari wall Ustazah Nur Puteri Dayana:


BAB ANJING DALAM RUMAH...
LINK : http://www.youtube.com/watch?v=-NR5q21ktVI

JAWAPAN saudara azhar idrus
Pembetulan terhadap saudara AZHAR IDRUS sebagai pendakwah ISLAM.Soalan ditanya kepada saudara AZHAR IDRUS berkenaan seorang yang membeli rumah dahulunya rumah itu pemiliknya bukan ISLAM dan dia memelihara anjing di dalma rumah,jadi bagaimanakah cara nak samak ?

Jawapan saudara Azhar idrus bab cara samak dengan gunakan air tanah.Yang saya nak highlight di sini adalah bab kena cuci rumah tersebut dengan air tanah jika diduduki oleh anjing.Wallahi saudara Azhar Idrus tidakpun datangkan nas secara jelas bahawa hal itu diperintahkan oleh nabi s.a.w...Iaitu apabila anjing berada dalam rumah ataupun kencing maka kena cucinya dengan air tanah sampai air jadi koko.Sleebihnya boleh lihat di link video di ats...

XPerlu minta video penuh kerana ini sesi soal jawab dan apabila sesi soal jawab video di ats bermula dengan soalan dan akhir dgn jawapan...Xperlu jadikan isu video penuh atau tidak...

Jawapan NPD :
Hujah yang menolak dakwaan ini adalah :

1.Riwayat SAHIH BUKHARI : Anjing masuk dalam masjid

Daripada Ibn Umar:
كانت الكلاب تبول وتقبل وتدبر في المسجد في زمان رسول الله صلى الله عليه وسلم فلم يكونوا يرشون شيئا من ذلك
Maksudnya: Anjing-anjing kencing dan masuk keluar ke dalam masjid pada zaman Rasulullah SAW, lalu mereka tidak merenjiskan sesuatu pun daripada yang demikian. (no: 172)
Masuk ke dalam masjid nabi s.a.w tidak ada pun sebarang renjisan air dilakukan apabila anjing kencing apatah lagi nak basuh dengan air tanah sampai jadi koko.Dan apatah lagi masuk di dalam rumah.Tempat ibadah pun nabi s.a.w tidak pernah perintahkan melakukan demikian.

2.HR MUSLIM Anjing dalma rumah nabi s.a.w

وعن عائشة رضي الله عنها أنها قالت : ( واعد رسول الله صلى الله عليه وسلم جبريل عليه السلام في ساعة يأتيه فيها فجاءت تلك الساعة ولم يأته وفي يده عصا فألقاها من يده وقال : ما يخلف الله وعده ولا رسله . ثم التفت فإذا جرو كلب تحت سريره ، فقال : يا عائشة متى دخل هذا الكلب ههنا ؟ فقالت : والله ما دريت فأمر به فأخرج فجاء جبريل ، فقال رسول اله صلى الله عليه وسلم : واعدتني فجلست لك فلم تأت . فقال : منعني الكلب الذي كان في بيتك إنا لا ندخل بيتاً فيه كلب ولا صورة ) رواه مسلم
Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar (patung)”.

Hadis ini satu lagi hujah jelas bahawasanya ada anjing di dalam rumah nabi s.a.w iaitu di bawah tempat tidurnya.Namun tidak pula diambil sebarang air tanah selepas itu untuk mencucinya jika sekiranya ada pasti Aisyah akan meriwayatkannya.

3.HR BUKHARI : Anjing buruan 

Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin ‘Umar berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Ibnu Abu As Safar dari Asy Sya’bi dari ‘Adi bin Hatim berkata, “Aku bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau lalu menjawab: “Jika kamu melepas anjing buruanmu yang telah diajar lalu ia mendapatkan hasil buruan, maka makanlah hasil buruannya. Jika anjing itu memakan binatang buruan itu, maka kamu jangan memakannya, sebab ia menangkap untuk dirinya sendiri.” Aku lalu bertanya lagi, “Aku melepas anjing buruanku, lalu aku mendapati anjing lain bersama dengan anjingku?” Beliau menjawab: “Jangan kamu makan, karena kamu membaca basmalah untuk anjingmu sahaja dan tidak untuk anjing yang lain.”

Lihat hujah ketiga ini sekiranya ats alasan kena cuci rumah kerana anjing itu najis makanya kenapakah di dalam hadis ini nabi s.a.w membenarkan anjing buruan.Nabi s.a.w menyebutkan boleh memakan hasil tangkapan anjing itu dgn syarat baca bismillah dan anjing itu tidak memakan utk dirinya sebaliknya membawa kepada tuannya...

Persoalannya kalau nk kata air liur anjing itu pula sbg najis makanya sudah pasti anjing membawa hasil buruan itu dengan menggogolnya dgn gigi,pastinya air liur akan melekat pada haiwan buruannya namun kenapa nabi s.a.w masih membenarkan utk memakannya ??? DI sini sudah jelas ianya bukan najis.

4.Hadis Riwayat BUKHARI lelaki bagi minum anjing

Bukhari meriwayatkan dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda, “Ketika seorang laki-laki sedang berjalan, dia merasakan kehausan yang sangat, lalu dia turun ke sumur dan minum. Ketika dia keluar, ternyata ada seekor anjing sedang menjulurkan lidahnya menjilati tanah basah karena kehausan. Dia berkata, ‘Anjing ini kehausan seperti diriku.’ Maka dia mengisi sepatunya dan memegangnya dengan mulutnya, kemudian dia naik dan memberi minum anjing itu. Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah kita bisa meraih pahala dari binatang?” Beliau menjawab, “Pada setiap hati yang basah terhadap pahala.”
Di sini jelas tidak pula disebutkan supaya kena samak,sertu dan cuci dulu dgn air tanah.

5.Wanita berikan minum anjing

Muslim meriwayatkan dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah dari Nabi bersabda, “Seorang wanita pezina melihat seekor anjing yang berputar-putar di atas sumur pada hari yang panas. Anjing itu menjulurkan lidahnya karena kehausan. Lalu wanita itu menimba air dari sumur dengan sepatunya, maka dia diampuni.”
Dalam riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, “Seorang wanita pezina diampuni. Dia melewati seekor anjing di bibir sumur yang sedang menjulurkan lidahnya. Nabi bersabda, ‘Ia hampir mati karena haus. Lalu wanita itu melepas sepatunya dan mengikat dengan kerudungnya dan menimba air dengannya untuk anjing itu. Dia diampuni karenanya.”

6.Jangan pula kata apabila bahas bab ini maka bolehlah bela anjing dlm rumah.

Yang sy nk bahas adalah bab xperlu cucikan bekas anjing yg ada dalam rumah...Sekiranya masuk rumah bekas peninggalan non muslim...Adapun memelihara anjing dalam rumah ini jelas sma sekali dilarang oleh nabi s.a.w..

Dari Salim bin ‘Abdullah dari ayahnya –‘Abdullah-, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَيُّمَا أَهْلِ دَارٍ اتَّخَذُوا كَلْبًا إِلاَّ كَلْبَ مَاشِيَةٍ أَوْ كَلْبَ صَائِدٍ نَقَصَ مِنْ عَمَلِهِمْ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطَانِ
“Rumah mana saja yang memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternak atau anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap harinya sebanyak dua qiroth (satu qiroth adalah sebesar gunung uhud).” (HR. Muslim: 23 Kitab Al Masaqoh).

KESIMPULAN : 

Wallahi sy tidak ada sebarang niat utk mengaibkan saudara azhar idrus...Namun sy ingin menyampaikan bahawa kesilapan ini tidak diambil oleh org lain.Tidak perlu menyuruh sy utk berjumpa dengannya kerana pada saya hanyalah nk org ramai tidak mengikuti kesilapan ini...Sy fokus utk org ramai menilai kesalahan ini dgn nas dan dalil yg sahih bahawa tiada sebarang perintah dari nabi s.a.w utk menyusahkan umatnya yang baru beli atau pindah rumah non muslim yg ada anjing dan tidak perlu menyucikannya.

Video ini ditonton ramai jadi dan umum jadi sy lakukan tugas ini secara umum utk betulkannya memndangkan video di youtube ini terdedah secara umum...

Saya perhatikan kebanyakan kuliah2 saudara azhar idrus tidak memberikan dalil ke ats setiap jawapannya apabila ditanya...Saya berharap selepas ini dia menjawab dengan dalil2 yg sahih bukanlah sekadar menjawab...JIka tidak tahu sebaiknya menyatakan Wallahualam...Itulah yang terbaik...

Bagi kepada sesiapa yang ingin berkenalan dengan ustazah Puteri Dayana boleh add beliau disini-->  https://www.facebook.com/nurputeri.dayana?fref=ts

0 comments:

Post a Comment