Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

Panas!! Wanita Potong Kepala Kucing Jadi Isu Di Internet

♠ Posted by Unknown at 7:47 PM
Gambar hiasan

Seorang wanita warga China yang memenggal kepala seekor anak kucing dan memuat naik gambar tersebut secara dalam talian membangkitkan kemarahan ribuan pengguna di Internet.
Li Pingping, bekas perunding pemasaran di Huizhou di selatan wilayah Guangdong, membeli anak kucing itu pada awal bulan ini.

Akhbar China Daily melaporkan, dia bertindak memenggal kepala anak kucing itu di bilik mandi rumahnya pada minggu lalu.

Dia kemudiannya memuat naik kepingan gambar badan anak kucing tesebut bersama kepalanya yang dipenggal menerusi laman sosial, Sina Weibo.

Li memadam entri tersebut selepas menerima kritikan hebat di Internet sejak beberapa hari lalu.

Li kemudiannya menulis surat permohonan maaf dan menjelaskan dia mabuk dan tidak berfikiran waras ketika melakukan perbuatan itu.

Menurutnya, dia bertindak begitu kerana marah selepas mengesyaki bapanya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Surat tersebut mendapat lebih 60,000 komen dengan ada diantaranya tidak henti-henti memaki Li.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment