Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

Ayunya Farah Fauzana apabila berhijab

♠ Posted by Unknown at 7:49 PM
Perubahan daripada baik kepada lebih baik sememangnya diingini oleh semua manusia. Dalam hal ini tidak terkecuali selebriti. Yang terkini ialah perubahan Farah Fauzana yang mula mengenakan selendang ketika di konti mahupun program di luar. 

Perubahan ini mula mendapat perhatian peminat yang boleh menyaksikan gambar-gambar terbaru di laman rasmi face book Hot.FM mahupun di twitter beliau sendiri.

Malah sebuah blog turut menyiarkan kenyataannya yang menyatakan bahawa umurnya sudah mencecah 30-an dan perubahan itu bukan satu perkara yang begitu mengejutkan. Farah turut menambah bahawa dia sudah lama menyimpan niat tersebut. Namun, dia mahu melakukannya secara perlahan-lahan. 

Secara peribadi, beliau memang dalam proses untuk ke arah itu (memakai tudung lengkap). Farah turut mengharapkan agar peminat-peminatnya mendoakan yang terbaik untuknya. 

Farah mula bertugas sebagai penyampai radio di Hot FM mulai 2006 dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH 2007-2009 dan 2012. Dia juga memenangi Anugerah Pengacara TV Wanita Popular ABPBH 2005-2009. selai

Selain itu, Farah Farah juga dikenali sebagai pengacara televisyen dan pelakon, antaranya termasuklah program Melodi, selain Gadis Cuci dan Alahai Fafau. Farah turut berlakon dalam filem SH3 The Movie, Jin Notti dan Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami.


0 comments:

Post a Comment