♠ Posted by Unknown at 8:18 PM
TIADA apa yang dapat katakan selain daripada ingin mengucapkan betapa bersyukurnya kami kepada Allah SWT kerana pesawat Mas MH192 dari Kuala Lumpur ke Bangalore, India akhirnya berjaya mendarat dengan selamat di KLIA.
Ini kerana dua jam kami menanti dengan penuh debar setelah pesawat itu dilaporkan diarah berpatah balik disebabkan menara kawalan mengesan sisa tayarnya yang meletup di landasan.
Pada kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan tahniah pada juruterbang dan pembantunya serta semua anak kapal yang berjaya mengendalikan insiden mendebarkan ini dengan sangat cemerlang dan profesional.
Kita sebagai rakyat Malaysia kena berbangga kerana MAS terbukti mempunyai anak watan yang mempunyai skill atau kemahiran yang terbaik seperti mana yang boleh kita saksikan dalam insiden ini.
Ucapan tahniah juga kami ucapkan kepada petugas menara kawalan, anggota bomba dan semua yang terlibat bagi memastikan 159 penumpang selamat dari kejadian yang tidak diingini itu.
0 comments:
Post a Comment