Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

TERKINI!! InsyaAllah Saya Akan Mengucap Syahadah Pada Ramadhan Ini - Kata Felixia Yeap

♠ Posted by Unknown at 10:35 PM
InsyaAllah Saya Akan Mengucap Syahadah Pada Ramadhan Ini - Felixia Yeap
Semua orang ada masa lalu bukan? dan masa lalu itu bukan semuanya baik, bagus dan menyenangkan. Walaupun pahit, itulah kita pada masa itu.


Tetapi jika dikenang masa lalu itu, kita tak akan pernah maju kehadapan dan kita akan tenggelam dengan masa lalu itu sendiri. Begitu juga dengan Felixia Yeap (FY).

Jalan yang dipilih dahulu, bukan jalan yang beliau hadapi ketika ini.

Kesemua ini kehendak Allah kerana terdapat ayat dalam Al-Quran yang bermaksud, "Allah memberikan hidayah-Nya kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya".

Benarlah,  apa yang dikatakan dikatakan bahawa hidayah itu Milik Allah. Felixia Yeap yang dulunya merupakan seorang model Majalah Playboy kini dikatakan akan memeluk islam pada bulan Ramadhan tahun ini.

Cahaya hidayah semakin menghampiri model jelita Felixia Yeap, 27, apabila mengesahkan bakal mengucap dua kalimah syahadah pada Ramadan ini, malah sudah tidak sabar untuk menunaikan ibadah puasa.

“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,” kata bekas model Playboy itu ketika ditemui Harian Metro "



0 comments:

Post a Comment