Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

TERKINI !! Benarkah Faktor Kewangan Menjadi Punca Kegagalan Rumahtangga Adam AF Dan Fiza !!

♠ Posted by Unknown at 6:24 PM


Pastinya belum pun setahun Adam AF dan Fiza mendirikan rumahtangga, hubungan suami isteri pasangan selebriti tersebut  dikatakan sudah porak peranda. Ini semua berikutan tindakan Fiza yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam beberapa minggu lalu untuk menfailkan penceraian .

Menurut sumber daripada sebuah akhbar tempatan turut mengesahkan bahawa permohonan cerai Fiza dan bakal didengar pada 28 April ini. Meskipun begitu, terdapat beberapa desas-desus yang mengatakan Fiza Elita dan Adam AF sudah berbaik semula beberapa hari yang lalu sekaligus membuatkan ramai peminat keliru dan bingung tanpa jawapan.

Namun begitu pada hari ini pula, Utusan Malaysia telah berkongsi satu artikel yang mengatakan kewangan menjadi punca sebenar penceraian mereka berdua. Mengikut artikel tersebut, Adam didakwa sibuk berdakwah dan tidak begitu berminat untuk mencari nafkah dalam bidang nyanyian.

Ekoran daripada itu itu, Fiza juga dikatakan turut tertekan dan kemudian menfailkan proses penceraian. Namun sejauh mana dakwaan ini benar ? Penulis juga berharap akan ada penjelasan sebenar dari kedua-dua pihak agar peminat tidak terus keliru dengan status mereka . Maklumlah, kisah peribadi selebriti sering kali menjadi perhatian umum. 




0 comments:

Post a Comment