Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

SENSASI !! Hadiahkan Anak Kereta Sport - Saya Tak Riak

♠ Posted by Unknown at 7:15 AM


Pasti anda masih ingat hasrat Che Ta untuk membelikan sebuah kereta mewah iaitu kereta jenis BMW X6 untuk anak sulungnya Ammar Effendy. 

Namun itu kereta ‘orang tua’ kata Ammar, dan dia mahukan jenis audi R8 yang berharga lebih kurang RM660,000. 

"Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk, orang yang buat cerita dan nampak seperti saya yang nak menunjuk-nunjuk. Bila media tanya betul ke nak bagi anak kereta, saya jawab ya. Bukan nak heboh ke apa, mereka yang besarkan isu ini, jadi nampaklah seperti riak. 


"Bila jadi macam ni, saya sudah tidak mahu bercakap hal itu lagi. Ammar, pun ada cakap kalau mami dok cerita nanti ada penjenayah dok culik mami, macam mana?" ujar Che Ta yang sejak awal bangga dengan keputusan 9A (SPM) anaknya. 


"Sebenarnya benda tu biasa saja, ramai orang lain yang beri hadiah macam-macam pada anak mereka, bila isu sebegini diperbesarkan, ia nampak seperti saya yang riak. 

"Lagipun, dia anak saya, bukan anak orang lain. Apa yang saya beri tu tanda penghargaan buat dia atas pencapaian cemerlang dia," jelas Che Ta. 






















0 comments:

Post a Comment