Orang Baik Tak Mengaku Baik ~

Reaksi Obama Ketika Makan Budu !

♠ Posted by Unknown at 11:55 PM

Dalam menanti kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuat lawatan pertama ke Malaysia selama tiga hari ini, kita tanyakan kepada para pembaca, apa yang anda ingin melihat Presiden Obama mencuba semasa berada di Kuala Lumpur. Semestinya bukan perkara yang boleh didapati di negara Asia lain dan menariknya jawapan yang diberikan adalah ramai ingin melihat Presiden Obama makan budu!

Mereka yang berasal dari negeri Kelantan mesti bangga dengan hasil survey ini.

Kami tidak pasti seandainya makan malam yang bakal dihadiri Obama malam ini akan menghidangkan budu (yalah, takut sakit perut pula warga Amerika Syarikat), tetapi kita fikirkan sendiri bagaimana rupanya reaksi yang pasti diberikan Presiden Obama jika dihidangkan budu.
"I love Malaysian food. Of course I'll try!"




Andaikan Presiden Obama ditanyakan dahulu samada beliau sanggup mencuba budu. Untuk menjaga hati tuan rumah, Obama pasti akan setuju.

"It smells weird"



Mula-mula cium bau sebelum makan. Nampaknya Presiden sudah berfikir dua kali samada ingin menelan budu atau tidak.

"Saya kena tanya Michelle dahulu"




Sebagai seorang suami mithali, semestinya Obama akan rujuk kepada isteri tersayang, haruskah beliau mencuba hidangan budu? Boleh bayangkan perbualan antara Barack dan Michelle, "Darling, I macam tak sure nak makan ke tak. Bau dia pelik sangat lah babe."



"OK, here we go."

Michelle mungkin marahkan Barack kerana telefon waktu beliau sedang tidur. Jadi Barack pun dengan relanya mencuba sesudu budu bercampur nasi.


"It ain't that bad after all."




0 comments:

Post a Comment